Thursday, May 9, 2013

Ada Apa Dengan Bag Saya?

Assalamualaikum. and hello semua.

Dah lama sudah tak sertai segmen dari blog lain. Semalam jalan-jalan, jumpa blog yang hebat ni tau. Cuba lihat lukisannya pun dah cukup. Comel ok.  hehehe...  


sila jenguk blog Tangan Punya Kerja

Jadi, bercadang untuk sertai segmen Faten Osman ni. Apa dalam beg anda?  (tajuk berbunyi lebih kurang 'Ada Apa dengan Cinta' pula kan) Pernah terfikir nak tulis tentang ini. Jadi inilah peluangnya. 

Jadi...jom mula!


Ini adalah  barang-barang yang dibawa setiap hari ke kerja. Kira ringan walaupun berterabur kan di dalam. Ini tak termasuk bekal yang oversize atau sayur, jem, coklat serta syiling yang sering dicampak ke dalam. hehehe.... jadi ini adalah ringkasan.



1. Purse - yang sangat nipis hinggakan ramai menganggap saya membawa note II. Kelasss kan?

2. Phone - ya.ungu warnanya. limited edition...kot. hehe...lupa. yang penting keypad nya sedap.

3. Pencil Case - dari zaman sekolah tak tukar-tukar dan sering menarik perhatian ramai untuk buka semua zip. Mungkin mereka berharap buka zip lain jumpa barang lain. hehe..

4. Organizer/Diary - yang sangat nipis juga. terpaksa tulis kecik-kecik. 

5. Novel - Fixi yang sedang dibaca. tebal! Tapi best la. Dalam train boleh lupa lah nak duduk.

6. Nota - ini untuk conteng-conteng tujuan sebenar. Tapi dah jadi catatan kerja.

7. Kunci - kunci rumah, keychain my boss bagi. Sweet kan?

8. Barang Dandanan 
-    Vaseline : untuk bibir yang kering. besar ok. nak beli yang tube, mahal.
-    Bedak : inilah semuanya, muka, badan, kaki punya bedak. Tak reti pakai bedak 
              lain. Baby powder je ok. Smooth la kan. Feeling baby.
-    Tissue : mengelap apa patut.. Percuma jika menderma.
-    Cream : untuk kaki yang gatal-gatal. sapu je hilang. Hilang gatal, bukan 
              hilang kaki.

9. Kad-kad penting
-      Touch n go untuk cepat. 
-      Pas Ktm : tidak lupa. hari-hari nak bawa. Sila pastikan ini dibeli murah 
                   sempena kad diskaun ktm tau. Half price pula. Jimat.


Hooho..Tahniah kepada semua. Terima kasih kepada penganjur atas segmen ini.

Bag telah berjaya dikemas...esok nak kerja.



Good Night semua! 

0 covered in cookie crumbs:

Post a Comment